Jumaat, 9 Oktober 2015

Misteri Blok Tingkatan Enam

Yoshi!


Siapa yang tak pernah dengar kisah hantu dekat sekolah sendiri? Tipulah kalau tak pernah. Aku dah pernah belajar dekat tiga buah sekolah dan semuanya mesti ada kisah yang tersendiri.





sekolah.






Well sekolah yang aku menjadi tempat aku belajar sekarang ni boleh tahan jugak kisah seramnya. Aku tak ingat bila tapi ada kisah seram yang terjadi di blok tingkatan enam. Mungkin bulan lepas atau sebelumnya.... sorry short term memory lost kejap.



Satu hari tu aku naik tangga nak balik ke kelas, aku nampak ada budak perempuan menangis-nangis sambil berpeluk-pelukan. Aku tengok je. Aku fikir mungkin mereka menangis sebab ada kawan yang nak pindah keluar dari sekolah.




cry cry and cry





So aku blah macam tu je. Dalam setengah jam macam tu baru kecoh sebenarnya budak perempuan dari kelas 4 menangis sorang-sorang. Budak tu menangis sebab stress. Aku angguk je bila dengar story tu. Okay nak mudahkan pemahaman cerita, aku letak nama budak ni Minah.


Besoknya baru aku tahu sebenarnya Minah ni memang dah nampak lain sejak pagi lagi. Dia cakap sorang-sorang kat dinding woo...


Aku ni biasalah jenis yang suka dengar kisah-kisah macam ni. Jadi aku koreklah story ni melalui spy-spy aku dari kelas lain.


Alkisahnya Minah ni memang selalu datang cepat ke sekolah. Tapi pagi tu dia sampai awal dan tak ada budak-budak lain dekat dalam kelas. Jadi dia sajalah pusing-pusing dan pergi ke stor kelas dia.
















Dan.

















Dia nampak ada.


















Budak perempuan !































Jeng! Jeng! Jeng!



Maka bermulalah kisah hantu stor di bangunan tingkatan enam. Mana-mana kelas yang ada stor sendiri akan terasa aura seram yang tak terhingga. Termasuk kelas akulah tu. Hahahaha.


Serius lawak.


Budak-budak lelaki kelas aku semua penakut. Asal datang awal pagi ke kelas terus pasang lampu stor. Lepas tu bila nak tolak pintu bilik stor, buat muka saspen. Priceless expression. Menyesal tak tangkap gambar. Dan... perangai paling tak senonoh ialah asyik mengintai stor. Cheit.



Oh.


Ada lagi kisah keseraman dekat sekolah aku tu... Tapi nantilah aku buat sambungannya.

Jadi jangan biarkan misteri menyelubungi hidup anda,,,

Kbye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen itu sumber ilham.
So... Komen jelah !