Ahad, 30 Ogos 2015

Besok.

Yoshi !

Tau tak besok hari apa?

Hari isnin. Memanglah hari isnin.

Oh besok hari cuti, kan? (nada excited) Yup memang besok hari cuti. Tapi cuti apa?

-diam-


Isk. Ini yang buat aku sakit hati. Ada orang yang langsung tak tahu besok hari cuti dan aku pasti i/c dia memang warganegara malaysia. Bukannya Indonesia atau Myanmar.


Besokkan hari merdeka.


Oh merdeka ke? Tak perasan pulak. Almaklumlah aku sibuk dengan bersih semalam.


Okay biar aku tanya lagi. Apa lagu kemerdekaan tahun ni?

Sehati sejiwa.

Eh pandai pulak. Cuba nyanyi sikit. Teringin pulak nak dengar.

Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan

Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

STOP!


Okay. Tak nak tanya dah. *facepalm*




soalan last : di tanah bumi mana kita berpijak sekarang? 

Sabtu, 29 Ogos 2015

Phew! Hai...

Hey semua,

Sebelum menceroboh baca apa yang aku tulis ni, aku rasa aku kena bagi amaran dulu.
Eh! Amaran? 
Hehehehe.
Itu pasallah kau tak kenal dengan aku. Aku ni sebenarnya dah banyak blog aku pernah buat. Tapi malas nak menaip then buat blog baru. Tak senonoh punya perangai.
Blog yang mana?
Guess who am I... !


Panggilan : Oshann
Hari jadi : 10 April
Binatang kesukaan : Kucing
Benda kesukaan : conteng buku, dengar radio, baca novel, tengok orang (?)
Warna kegemaran : Merah, biru dan... erk


Aku kena stop sampai sini. Aku dah lapar sebab bau lauk sebelah aku tengah menggoda aku. Ahaks.
Eh nak tau jugak siapa aku?
Tak payah nak lebih-lebih. Baca je apa yang aku tulis nanti-nanti. Hehehehe.


-oshann