Tau tak besok hari apa?
Hari isnin. Memanglah hari isnin.
Oh besok hari cuti, kan? (nada excited) Yup memang besok hari cuti. Tapi cuti apa?
-diam-
Isk. Ini yang buat aku sakit hati. Ada orang yang langsung tak tahu besok hari cuti dan aku pasti i/c dia memang warganegara malaysia. Bukannya Indonesia atau Myanmar.
Besokkan hari merdeka.
Oh merdeka ke? Tak perasan pulak. Almaklumlah aku sibuk dengan bersih semalam.
Okay biar aku tanya lagi. Apa lagu kemerdekaan tahun ni?
Sehati sejiwa.
Eh pandai pulak. Cuba nyanyi sikit. Teringin pulak nak dengar.
Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama
Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya
Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada
STOP!
Okay. Tak nak tanya dah. *facepalm*
soalan last : di tanah bumi mana kita berpijak sekarang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen itu sumber ilham.
So... Komen jelah !