Sabtu, 10 Oktober 2015

Love Story di Hospital

Yoshi !


Oh man... Bila cakap pasal love story dekat hospital terus aku teringat drama Cinta Medik (akupun lupa tajuk... -..-)



Aku sendiri tak tau entah macam mana tba-tiba aku kena bahan semalam pasal bab kahwin. Aku muda lagi kut. Tsk.



Ada ke patut doktor dengan nurse kata aku sepatutnya kasi dorang chance kahwin dulu sebab aku ni muda lagi.


Nurse : Umur adik berapa?

Aku : Lapan belas.

Doktor : Alaa awak ni muda lagi. Bagilah kitorang kahwin dulu.

Nurse : Haah. Betul tu. Kitorang ni bukannya tak ada orang yang nak. Cuma tak nak je.

Doktor : Belajar betul-betul dulu. Tapikan mak cik sekarang ni zaman orang kahwin muda kan?

Ibu : Kalau dia ada pakwe siaplah mak cik kejar nanti.

Aku : Errr... *gulp*











Aku ingat lagi waktu aku darjah empat dulu ada dua orang doktor yang ajar aku buat fisioterapi. Aku kena buat sebab waktu tu aku patah kaki. Hehehehe.



Dua orang doktor tu bernama Doktor Mat dengan Doktor Nina. Peh. Mula-mula aku tak tahu yang dorang ni kapel. Eh jap kenapa aku kata depa ni kapel? Sebab dorang ....



Nina : Awak... Kenapa awak tak angkat call kita semalam?

Mat : Eh... Sorrylah wak. Semalam saya keluar sebab pergi beli barang.

*aku masih kena buat fisio tapi masih pasang telinga*

Nina : Erm...

"Mat : Alaaa wak jangan merajuk.



Aku waktu tu dahlah kena tadah telinga dengar dialog lebih kurang macam tu. Ibu aku pulak dah cabut lari. Ehehehehe. Cute jugak dorang ni. Sekarang ni dah tak tau apa cerita.

Adakah bersambung?

Adakah sudah putus tak boleh disambung?

Jumaat, 9 Oktober 2015

Misteri Blok Tingkatan Enam

Yoshi!


Siapa yang tak pernah dengar kisah hantu dekat sekolah sendiri? Tipulah kalau tak pernah. Aku dah pernah belajar dekat tiga buah sekolah dan semuanya mesti ada kisah yang tersendiri.





sekolah.






Well sekolah yang aku menjadi tempat aku belajar sekarang ni boleh tahan jugak kisah seramnya. Aku tak ingat bila tapi ada kisah seram yang terjadi di blok tingkatan enam. Mungkin bulan lepas atau sebelumnya.... sorry short term memory lost kejap.



Satu hari tu aku naik tangga nak balik ke kelas, aku nampak ada budak perempuan menangis-nangis sambil berpeluk-pelukan. Aku tengok je. Aku fikir mungkin mereka menangis sebab ada kawan yang nak pindah keluar dari sekolah.




cry cry and cry





So aku blah macam tu je. Dalam setengah jam macam tu baru kecoh sebenarnya budak perempuan dari kelas 4 menangis sorang-sorang. Budak tu menangis sebab stress. Aku angguk je bila dengar story tu. Okay nak mudahkan pemahaman cerita, aku letak nama budak ni Minah.


Besoknya baru aku tahu sebenarnya Minah ni memang dah nampak lain sejak pagi lagi. Dia cakap sorang-sorang kat dinding woo...


Aku ni biasalah jenis yang suka dengar kisah-kisah macam ni. Jadi aku koreklah story ni melalui spy-spy aku dari kelas lain.


Alkisahnya Minah ni memang selalu datang cepat ke sekolah. Tapi pagi tu dia sampai awal dan tak ada budak-budak lain dekat dalam kelas. Jadi dia sajalah pusing-pusing dan pergi ke stor kelas dia.
















Dan.

















Dia nampak ada.


















Budak perempuan !































Jeng! Jeng! Jeng!



Maka bermulalah kisah hantu stor di bangunan tingkatan enam. Mana-mana kelas yang ada stor sendiri akan terasa aura seram yang tak terhingga. Termasuk kelas akulah tu. Hahahaha.


Serius lawak.


Budak-budak lelaki kelas aku semua penakut. Asal datang awal pagi ke kelas terus pasang lampu stor. Lepas tu bila nak tolak pintu bilik stor, buat muka saspen. Priceless expression. Menyesal tak tangkap gambar. Dan... perangai paling tak senonoh ialah asyik mengintai stor. Cheit.



Oh.


Ada lagi kisah keseraman dekat sekolah aku tu... Tapi nantilah aku buat sambungannya.

Jadi jangan biarkan misteri menyelubungi hidup anda,,,

Kbye.

Rabu, 7 Oktober 2015

Aku dan Senioran seni

Yoshi gais !

Pagi tadi ada pameran seni visual yang senior-senior aku buat dekat sekolah. Memanglah sebelum ni aku dah tengok lukisan dorang, tapi waktu itu belum siap 100% lagi.

Tapi bila aku tengok lukisan-lukisan tu tadi aku tersangatlah jeles. Huhuhu.

Campuran warna, susunan imej, kehalusan corak and bla bla bla... Membuatkan aku tertanya-tanya dekat diri aku sendiri.


Boleh ke aku buat?

Aku rasa tahap kreatif aku memang low...

Jadi... kenapa aku ambik seni bila masuk form six ni?

Tapi sah-sahlah aku takkan ambik aliran sains lagi.


Hehehehe. Soalan ni memang asyik berputar-putar sejak aku sambung ke tingkatan enam.






Hohoho







Haih bila aku tanya dorang macam mana dapat idea untuk hasilkan karya dan ada satu jawapan yang paling terbaik.

"Abang tak tidur lima malam !"

Aku pun macam... Wow! Lima malam? Ehehehe di kala malam aku selalunya berangan je. Bukannya mencari ilham.



Ada pulak satu senior cerita dekat aku dan kawan-kawan yang lain...

"Abang baru siapkan karya abang pukul satu pagi semalam."

Akupun tanyalah...

"Abang sorang je ke?"

"Eh taklah ada. Ada lagi empat lima orang."

Aku bidas lagi...

"Habis tu macam mana balik?"

"Balik sendirilah."

"Oh tak ada pulak yang tahan tengah jalan?"
*sambil angkat kening sebelah*

Terus pandang tempat lain mamat senior aku tu. Hahaha jahat jugak aku ni eh? Jap bukan jahat tapi nakal !






alololo 







Oh.. Oh.. btw aku ada kesian satu mamat senior tu. Tak ada siapa nak pergi tempat lukisan dia (time aku pandanglah)

Dia pandang je aku dengan geng-geng aku. Aku macam nak pergi tempat dia dan dalam masa yang sama aku serba salah sebab aku dah macam kena magnet dengan geng aku. Hahahaha so aku jalan depan karya dia sambil tengok dia memandang dengan muka... kesian?

Hahahaha. Maafkan aku sebab aku hanya agak pandai nak menginterpretasikan hasil karya lukisan. Arca kureng. Dan bukan pada reaksi wajah orang.

So.. The end.





















And... sorry bro :(

Selasa, 6 Oktober 2015

Tak Sunyi ke?

Yoshi !


Orang yang aku kenal selalunya mesti tanya..

"Tak sunyi ke?"

Aku cuma geleng kepala atau angkat bahu atau cebik mulut.

Bagi aku sunyi itu terlampau bermakna dalam hidup aku.



Sunyi boleh bagi kedamaian untuk aku menyepi.

Sunyi begitu suci untuk aku terus berpura-pura tanpa rela.

Sunyi sangat menyesakkan untuk aku terus menghirup udara.

Sunyi juga mengembirakan aku daripada terus dipulaukan.

Sunyi akan sentiasa menyelimuti aku.



Yeah.. maaflah sebab aku tak berapa nak berpuitis bila nak susun ayat dan aku tak dapat nak menyenaraikan keseluruhan apa yang aku rasa tentang sunyi hanya melalui ayat.

Korang rasa boleh agak tak sebab apa orang selalu tanya aku soalan tu?



Sebabnya aku ini hanya anak tunggal.



Tiba-tiba aku teringat program ice breaking waktu aku tingkatan lima dulu. Waktu tu semua orang kena berkumpul ikut key word yang disebut. Semuanya okay pada awalnya sampailah bila cikgu suruh berkumpul ikut bilangan adik beradik.

Oh menn... memang aku menggelabah cari tapi tak jumpapun siapa yang anak tunggal sampailah masa tamat.

Last-last adalah pulak satu junior ni anak tunggal. Tak pasal-pasal kena denda baca doa makan dengan kuat dan jelas.

Yang geramnya kena baca doa makan sampai dua kali. Kenapa? Sebab budak junior tu wat lek je waktu baca kali pertama. Suara aku yang bergegar baca doa makan sorang-sorang. Memang aku tengah makan... makan limpa, berulamkan jantung.

Tersangatlah cizzkek!



Well uolls nak tau something tak?











kredit














Tapi ingat... !












kredit

















*senyum*



















*senyum tanpa perasaan*




















Yup... the end ?






Sabtu, 5 September 2015

Ahad, 30 Ogos 2015

Besok.

Yoshi !

Tau tak besok hari apa?

Hari isnin. Memanglah hari isnin.

Oh besok hari cuti, kan? (nada excited) Yup memang besok hari cuti. Tapi cuti apa?

-diam-


Isk. Ini yang buat aku sakit hati. Ada orang yang langsung tak tahu besok hari cuti dan aku pasti i/c dia memang warganegara malaysia. Bukannya Indonesia atau Myanmar.


Besokkan hari merdeka.


Oh merdeka ke? Tak perasan pulak. Almaklumlah aku sibuk dengan bersih semalam.


Okay biar aku tanya lagi. Apa lagu kemerdekaan tahun ni?

Sehati sejiwa.

Eh pandai pulak. Cuba nyanyi sikit. Teringin pulak nak dengar.

Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan

Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

STOP!


Okay. Tak nak tanya dah. *facepalm*




soalan last : di tanah bumi mana kita berpijak sekarang? 

Sabtu, 29 Ogos 2015

Phew! Hai...

Hey semua,

Sebelum menceroboh baca apa yang aku tulis ni, aku rasa aku kena bagi amaran dulu.
Eh! Amaran? 
Hehehehe.
Itu pasallah kau tak kenal dengan aku. Aku ni sebenarnya dah banyak blog aku pernah buat. Tapi malas nak menaip then buat blog baru. Tak senonoh punya perangai.
Blog yang mana?
Guess who am I... !


Panggilan : Oshann
Hari jadi : 10 April
Binatang kesukaan : Kucing
Benda kesukaan : conteng buku, dengar radio, baca novel, tengok orang (?)
Warna kegemaran : Merah, biru dan... erk


Aku kena stop sampai sini. Aku dah lapar sebab bau lauk sebelah aku tengah menggoda aku. Ahaks.
Eh nak tau jugak siapa aku?
Tak payah nak lebih-lebih. Baca je apa yang aku tulis nanti-nanti. Hehehehe.


-oshann